+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

INSTITUT

JAWI

MENGENAI INSTITUT JAWI UNIPSAS

Institut Jawi UNIPSAS ditubuhkan pada awal tahun 2020 sebagai salah satu sayap di bawah Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) UNIPSAS. Penubuhannya adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah agar aktiviti berkaitan tulisan Jawi disemarakkan bermula di institusi-institusi pendidikan dan pengajian tinggi. Ia juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Pahang yang menguatkuasakan penggunaan tulisan Jawi di negeri ini pada papan-papan premis perniagaan bermula pada Januari 2020. 

Sehingga kini, Institut Jawi UNIPSAS telah memainkan peranan membantu ratusan syarikat di negeri ini termasuk syarikat milik bukan Melayu membuat pengesahan dan semakan ejaan Jawi untuk premis perniagaan mereka. Demikian juga, institut ini telah memberikan khidmat bantuan berkaitan tulisan Jawi kepada pelbagai agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan individu dalam memastikan penggunaan ejaan Jawi yang betul dalam pelbagai medium. Dalam tempoh penubuhannya, institut ini juga telah mengadakan beberapa siri kursus atau bengkel kemahiran Jawi sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian.

MUNSYI JAWI DBP DI UNIPSAS

Senarai Munsyi Jawi DBP dari UNIPSAS:

 

  1. En. Ainuddin bin Kamaruddin
  2. Dr. Norahida binti Mohamed
  3. Dr. Safiah binti Abdul Razak
  4. Pn. Nurizan binti Baharum
  5. Pn. Seriayuna binti Sa’don Zubir
  6. Pn. Siti Nora’Aeshah binti Zakaria
  7. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman

PERKHIDMATAN

Institut Jawi UNIPSAS menyediakan perkhidmatan dan menjalankan fungsi seperti berikut:

  1. Sebagai pusat rujukan, semakan dan pengesahan ejaan Jawi yang diiktiraf oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) bagi papan tanda jalan, papan iklan dan premis perniagaan di negeri Pahang.
  2. Sebagai pusat rujukan, semakan dan pengesahan ejaan Jawi bagi program-program rasmi agensi kerajaan di negeri Pahang seperti penggunaan pada sepanduk, gegantung, backdrop dan buku program.
  3. Sebagai badan yang menyediakan latihan atau kursus berkaitan tulisan Jawi kepada penjawat awam di negeri Pahang.
  4. Sebagai badan yang menyediakan latihan atau kursus berkaitan tulisan Jawi kepada sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan mana-mana pihak yang memerlukannya di negeri Pahang.
  5. Menyemarakkan aktiviti berkaitan tulisan Jawi melalui penganjuran pertandingan, wacana, seminar, pameran dan lain-lain.
  6. Melaksanakan penyelidikan berkaitan tulisan Jawi.
  7. Menerbitkan bahan seperti modul, buku, risalah atau infografik berkaitan Jawi sama ada dalam bentuk cetak mahupun elektronik.
Loading...